TUJUAN

Untuk memberikan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang perayaan Hari Raya Aidiladha serta amalan ibadah qurban. Antaranya adalah meningkatkan pemahaman pelajar tentang kepentingan Hari Raya Aidiladha dalam islam, Mengajar pelajar sejarah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang menjadi asas kepada Ibadah qurban dan akhir sekali menanamkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang terkandung dalam ibadah qurban seperti pengorbanan,ketaatan dan kesyukuran.

 

AKTIVITI

Mengadakan sesi kuiz dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan sejarah, makna, dan amalan Hari Raya Aidiladha dan Ibadah qurban. petugas menggunakan Platform Kuiz interaktif dalam talian seperti Quizizz untuk mengadakan kuiz yang menyeronokkan dan menarik.