Pusat Internet Ayer Lanas merupakan projek kerjaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi focus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.
Pusat Ekonomi Digatl (PEDi) Ayer Lanas dulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Ayer Lanas yang beroperasi di NO 173, Blok Tanah Merah, 17700 Ayer Lanas, Kelantan. PJK Ayer Lanas Mula beroperasi pada 15 November 2009. Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas adalah 1 daripada 73 Pusat Internet Malaysia Fasa 2 yang terdapat di seluruh Negara.
Pada tahun 2013 Pusat Jalur Lebar Komuniti telah ditukar nama kepada Pusat Internet Malaysia. Walaupun nama dan logo ditukar, tetapi fungsi Pusat Internet masih dikekalkan dan diberi beberapa penambahbaikan untuk memudahkan urusan komuniti.
Pada tahun 2015 Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas telah bertukar tempat dan wajah. Kini Pusat Internet Malaysia telah beroperasi di NO 4441, SEBELAH MINI MARKET MUSTAFA, 17700 AYER LANAS, KELANTAN.
Kampung Ayer Lanas dibuka pada tahun 1957 atas nama rancangan FELDA. Mengikut sesetengah peneroka, terdapat dua sejarah tentang asal usul kampung ini. Nama Ayer Lanas berasal dari sebatang sungai yang bernama Sungai Lanas yang menjadi sumber air kepada peneroka. Menurut kata orang- orang tua, di tebing sungai ini terdapat banyak pokok nanas sepanjang sungai itu dan air sungai itu terasa seakan-akan air nenas atau dalam dialog Kelantan air lanas. Hai ini mungkin terjadi akibat rendapan pokok- pokok nanas yang tumbang ke dalam air sungai ini. Oleh kerana air sungai ini terasa seakan-akan air nanas, maka peneroka di sini menamakan kampung ini Kampung Ayer Lanas sempena nama Sungai Lanas ini. Ayer ialah perkataan daripada orang Asli.