asiah

Latar belakang

Noor Asiah binti Che Kamarudin yang berasal dari Kampung Ayer Lanas dan merupakan seorang suri rumah yang mencari pendapatan sampingan dengan menjual pelbagai jenis dessert seperti kek,pudding,makanan frozen dan beliau juga menerima tempahan bounquett . Pada mulanya beliau hanya menjual secara offline tetapi setelah mendapat sambutan yang menggalakkan beliau mula meluaskan sasaran beliau dengan menjual produk beliau di atas talian. Beliau juga banyak mengikuti kelas keusahawanan yang di anjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Ayer Lanas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM900 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Ayer Lanas, beliau kini telah membuat satu facebook page bagi memudahkan beliau membuat promosi kepada pelangan melalui dalam talian.

KAKAYAH

Latar belakang

Puan Radhiah binti Ayub merupakan isteri imam Masjid Gemang dan Penyelia Asrama Maahad Tahfiz Al-Quranil Hakim Kampung,Gemang. Beliau mencari pendapatan sampingan dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan Shaklee . Pada mulanya beliau hanya menjual secara offline tetapi setelah mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau mula menambah stok dengan menjual secara online dan offline. Beliau mula mengikuti kelas latihan keusahawanan yang di adakan di PIK Ayer Lanas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM600 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Ayer Lanas, beliau kini telah membuat satu facebook page bagi memudahkan beliau membuat promosi kepada pelangan melalui dalam talian.

 

JAMKAYU

Latar belakang

Zubaidi bin Zulkifly merupakan pengukir jam tangan kayu yang pertama di Malaysia. Beliau menjual jam tangan ukir kayu secara online dan offline.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan yang rendah dan kurang mendapat sambutan kerana komuniti tidak mengetahui tentang produk yang dijual oleh beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook, shopee dan whatsapp. Ternyata maklum balas yang diterima sangat mengagumkan. Beliau mula di kenali oleh orang ramai. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk menjual di dalam shopee dan facebook page. Di mana beliau di ajar cara untuk memuat naik gambar produk, membuat iklan dan sebagainya, Selain itu, belaiu juga di ajar cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari adobe Photoshop untuk mengedit imej dengan lebih cantik.

 

 

najwa

Latar belakang

Nurul Najwa binti Uzita telah mendaftar sebagai ahli PIK Ayer Lanas pada tahun 2020. Beliau merupakan lepasan Sekolah Menegah dan beliau mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office bagi membantu memudahkan beliau memohon pekerjaan dan menghadapi cabaran arus teknologi yang memerlukan kecekapan menggunakan aplikasi komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Malaysia

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran untuk menggunakan aplikasi Microsoft office bagi memudahkan kerja-kerja beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Malaysia

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PIK Ayer Lanas beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PIK dalam masa yang singkat. Selain itu,beliau juga telah membuat akaun gmail dengan bantuan petugas PI.

 171592556 1792668027560025 1089092186322837020 n

Latar belakang

Mohd Jeffrie Bin Mohd Zuki  atau lebih dikenali sebagai  Jeff merupakan seorang usahawan yang mengusahakan penternakan ikan air tawar. Beliau turut menjual benih ikan keli, baung. talapia dan patin. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan yang rendah dan kurang mendapat sambutan kerana komuniti tidak mengetahui tentang produk yang dijual oleh beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook, shopee dan whatsapp. Ternyata maklum balas yang diterima sangat mengagumkan. Beliau mula di kenali oleh orang ramai.

Melalui latihan ini juga, beliau  telah mempelajari cara untuk menjual di dalam shopee dan facebook page. Di mana beliau di ajar cara untuk memuat naik gambar produk, membuat iklan dan sebagainya, Selain itu, belaiu juga di ajar cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari adobe Photoshop untuk mengedit imej dengan lebih cantik.