AIR TERJUN LATA BIJIH

IMG 20160316 162748IMG 20160316 163047

 Telaga Bijih terletak berhampiran Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.  Untuk sampai ke Telaga Bijih ia mengambil masa 30 minit dari Ayer Lanas dan boleh dilalui dari Kampung Legeh, Ayer Chanal dan Batu Gajah. Telaga Bijih juga menjadi tempat perkelahan pada hujung minggu dan menjadi tempat latihan bagi Askar Wataniah, Kemahang. 

 

MUZIUM ORANG ASLI JELI

Sejarah Muzium Orang Asli Jeli bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu. Muzium ini berada di tengah-tengah daerah Jeli, Kelantan. Pada mulanya muzium ini adalah Pusat Pameran dan Kraftangan Orang Asli. Selepas itu, muzium ini dinaiktaraf pada tahun 2011 dan sehingga kini dikenali sebagai Muzium Orang Asli.

Muzim Orang Asli terletak di Bandar Jeli bersebelahan dengan Balai Bomba Jeli. Pusat ini dikelolai oleh Jabatan Hal Ehwal Asli (JHEOA). Ia dibuka kepada orang ramai untuk datang melawat dan mengetahui dengan lebih dekat cara hidup masyarakat Orang Asli di Jeli khasnya dan Malaysia amnya.

Pusat ini dibuka untuk lawatan pada hari:

Sabtu hingga Khamis

bermula jam : 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Masuk adalah percuma.

12

35

 

 KOLAM AIR PANAS, BATU MELINTANG, JELI

kolam 2kolam 1

Kolam air panas ini terletak di kawasan Batu Melintang, iaitu di tepi jalan raya Timur Barat yang menghubungkan Jeli dengan Gerik di Perak. Kawasan ini lebih dikenali sebagai Kg Kolam Air Panas. Lokasinya terletak 25 km dari bandar Jeli atau 20 minit perjalanan

Sebenarnya kawasan ini, terletak di tanah tinggi iaitu kaki banjaran Titiwangsa dengan sumber air panas keluar dari celah-celah batu pergunungan. Jadi bagi yang tidak biasa anda jangan terkejut dengan jalan menuju ke kolam, menuruni cerun bukit yang agak curam