Aktivit-aktiviti wanita Kg. Ayer Lanas kebiasaanya dianjurkan oleh Biro Wanita di bawah Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK).Aktiviti-aktiviti bercorak keusahawanan seperti kelas keushawanan, kelas gubahan, dan kelas jahitan merupakan antara kegiatan utama golongan wanita di sini.Selain itu,aktiviti senamrobik telah menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka pada waktu petang.Kelas-kelas ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pengatahuan ilmu keusahawanan, serta dapat megeratkan hubungan silaturahim antara mereka.
Aktiviti Senamrobik
Kejayaan seseorang lelaki berkait rapat dengan berdirinya seorang wanita yang selalu memberi sokongan di belakang seseorang lelaki tersebut. Wanita Kampung Ayer Lanas sememangnya berkebolehan melakukan pelbagai perkara. Menjahit merupakan salah satu sumber pendapatan wanita di kampung ini dan kebanyakan mereka ialah suri rumah.
Kelas Jahitan
Melalui minat yang ada dan perasaan yang ingin tahu serta belajar, wanita di sini dapat mengusahakan sebuah kedai jahitan. Selain itu, kebanyakan mereka menjahit untuk kegunaan sendiri dan kecil-kecilan. Salah seorang tukang jahit yang terkenal di kampung ini dan kawasan sekitar dikenali dengan panggilan Kak Dah.
Kebanyakan wanita Kampung Ayer Lanas juga turut berniaga secara kecil-kecilan di Pasar Tani Ayer Lanas yang terletak di cabang tiga Kampung Ayer Lanas yang sentiasa sesak dengan orang ramai yang berkunjung. Pasar Tani ini beroperasi pada setiap hari Jumaat, bermula pukul 7 pagi hingga 1 petang. Antara jualan wanita yang terdapat di sini ialah makanan, kuih-muih, sayur-sayuran dan pakaian.
Pasar Tani Ayer Lanas
Wanita di kampung ini juga terlibat dengan aktiviti Amanah Ikhtiar pada setiap pagi Selasa. Selain itu, mereka juga aktif bermain bola jaring dan melakukan senamrobik pada waktu lapang. Walaupun sibuk dengan bekerja dan menguruskan keluarga, wanita di sini juga tidak terkecuali menyertai dan menghadiri ceramah dan aktiviti keagamaan di Masjid Ayer Lanas.
Kelas Keagamaan