PERTANDINGAN USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 2017
ANDA DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN
PROGRAM LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI PI1M AYER LANAS...
JUMPA DISANA!!
ATURCARA MAJLIS
DOWNLOAD APLIKASI DASHBOARD KOMUNITI DI DALAM PERISIAN GOOGLE PLAY SEKARANG!
Maklumat Pusat Internet
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Malaysia (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Selain itu, ia untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi dengan mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan internet.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan.
Jumlah Keahlian PI Ayer Lanas
SEJARAH PUSAT INTERNET MALAYSIA AYER LANAS
Pusat Internet Ayer Lanas merupakan projek kerjaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi focus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.
Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas dulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Ayer Lanas yang beroperasi di NO 173, Blok Tanah Merah, 17700 Ayer Lanas, Kelantan. PJK Ayer Lanas Mula beroperasi pada 15 November 2009. Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas adalah 1 daripada 73 Pusat Internet Malaysia Fasa 2 yang terdapat di seluruh Negara.
Pada tahun 2013 Pusat Jalur Lebar Komuniti telah ditukar nama kepada Pusat Internet Malaysia. Walaupun nama dan logo ditukar, tetapi fungsi Pusat Internet masih dikekalkan dan diberi beberapa penambahbaikan untuk memudahkan urusan komuniti.
Pada tahun 2015 Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas telah bertukar tempat dan wajah. Kini Pusat Internet Malaysia telah beroperasi di NO 4441, SEBELAH MINI MARKET MUSTAFA, 17700 AYER LANAS, KELANTAN.
MAKLUMAT PUSAT INTERNET AYER LANAS
PUSAT INTERNET MALAYSIA Ayer Lanas, Kelantan mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. PUSAT INTERNET 1MALAYSIA merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan kada penebusan jalur lebar di luar bandar.
Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Kursus Kemahiran Komputer
- Kursus Keusahawanan Online
- Internet dan Wifi Komuniti
- Cetakan Warna dan Hitam
- Scanning
- Fotostat
- Laminate
- Binding
ALAMAT PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA
|
HUBUNGI KAMI |
PUSAT INTERNET AYER LANAS, NO 4441, SEBELAH MINI MARKET MUSTAFA, 17700 AYER LANAS, KELANTAN.
|
EMEL:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. PORTAL: ayerlanas.pi1m.my FACEBOOK: PI AYER LANAS |
WAKTU OPERASI
DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM REHAT:
SABTU –KHAMIS : 1.00 TENGAHARI - 2.00 PETANG JUMAAT : 12.30 TENGAHARI – 2.30 PETANG |
Jika ada sebarang permasalahan atau sebarang cadangan anda semua bolehlah berhubung terus dengan kami ataupun menghantar email kepada kami seperti maklumat yang telah diberikan di atas.
CAJ PENGGUNAAN PERALATAN DI PI
ITEM |
MUKA SURAT |
AHLI |
BUKAN AHLI
|
MENCETAK HITAM/PUTIH |
1-5 |
RM 0.40 |
RM 0.70 |
6-10 |
RM 0.20 |
RM 0.50 |
|
11 dan lebih |
RM 0.20 /muka surat |
RM 0.50/ muka surat |
|
MENCETAK WARNA *KERTAS A4 |
1-5 |
RM 0.70 |
RM 1.00 |
6-10 |
RM 0.50 |
RM 0.70 |
|
11 dan lebih |
RM 0.50 /muka surat |
RM 0.70 /muka surat |
|
FOTOKOPI *KERTAS A4 |
1-5 |
RM 0.20 |
RM 0.50 |
6-10 |
RM 0.10 |
RM 0.30 |
|
11 dan lebih |
RM 0.10 /muka surat |
RM 0.30 /muka surat |
|
PENGIMBAS |
SEKEPING |
RM 0.10 |
RM 0.30 |
LAMINATE |
SAIZ A4 |
RM 2.00/muka surat |
RM 2.50 /muka surat |
SAIZ IC |
RM 1.00/muka surat |
RM 1.50 /muka surat |
*BERMULA 1 APRIL 2016