Belia adalah harapan negara untuk terus kekal dan berdaya maju menghadapi cabaran globalisasi. Nilai kepentingan belia kepada pembangunan negara dapat juga diperhatikan melalui cogankata yang sering dikaitkan dengan golongan belia seperti ‘Belia Tonggak Negara', ‘Belia Harapan Bangsa', ‘Belia Cemerlang dan Negara Gemilang', ‘Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok' dan sebagainya.
Antara tanggungjawab belia pada hari ini adalah untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda ini jugalah dianggap sebagai tempoh waktu yang penting untuk tujuan pembentukan generasi pelapis kerana pada usia ini berlakunya pertumbuhan jasmani, pemikiran, akhlak serta bakat seseorang itu berada pada tahap yang sangat sesuai untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmu pengetahuan.
Wan Mahusin Bin Wan Zin sebelah kanan merupakan salah seorang belia yang bergiat aktif di universiti dan merupakan salah seorang AJK Mahasiswa Parlimen Jeli bergambar bersama Cikgu Razali Bin Muda serta dari kanan Dato" Sri Mustafa Bin Mohammed Ahli Parlimen Jeli / ADUN Ayer Lanas .