KFC ialah salah satu gerai makanan fastfood modern yang banyak terdapat di serata dunia. KFC atau Kentucky Fried Chicken menjual makanan berasaskan ayam. Konsep yang ditawarkan ialah ayam digoreng dengan balutan tepung yang menyelerakan. Kini anda juga boleh menikmati makanan ini di bandar jeli yang terletak di Kompleks Komersial UMK Jeli, Universiti Malaysia Kelantan, 17600 Kampung Gemang, Jeli Kelantan.

kfc

 

pantaitimur

 

Dibuka pada 15/05/2015 dan bertempat di Lot 2569, Mukim Nibong, Daerah Jedok, 17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim. Kawasan ini sememangnya strategik untuk dikunjungi oleh penduduk kawasan ayer lanas dan sekitarnya.

 AIR TERJUN LATA BIJIH

IMG 20160316 162748IMG 20160316 163047

 Telaga Bijih terletak berhampiran Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.  Untuk sampai ke Telaga Bijih ia mengambil masa 30 minit dari Ayer Lanas dan boleh dilalui dari Kampung Legeh, Ayer Chanal dan Batu Gajah. Telaga Bijih juga menjadi tempat perkelahan pada hujung minggu dan menjadi tempat latihan bagi Askar Wataniah, Kemahang. 

 

MUZIUM ORANG ASLI JELI

Sejarah Muzium Orang Asli Jeli bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu. Muzium ini berada di tengah-tengah daerah Jeli, Kelantan. Pada mulanya muzium ini adalah Pusat Pameran dan Kraftangan Orang Asli. Selepas itu, muzium ini dinaiktaraf pada tahun 2011 dan sehingga kini dikenali sebagai Muzium Orang Asli.

Muzim Orang Asli terletak di Bandar Jeli bersebelahan dengan Balai Bomba Jeli. Pusat ini dikelolai oleh Jabatan Hal Ehwal Asli (JHEOA). Ia dibuka kepada orang ramai untuk datang melawat dan mengetahui dengan lebih dekat cara hidup masyarakat Orang Asli di Jeli khasnya dan Malaysia amnya.

Pusat ini dibuka untuk lawatan pada hari:

Sabtu hingga Khamis

bermula jam : 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Masuk adalah percuma.

12

35

 

 KOLAM AIR PANAS, BATU MELINTANG, JELI

kolam 2kolam 1

Kolam air panas ini terletak di kawasan Batu Melintang, iaitu di tepi jalan raya Timur Barat yang menghubungkan Jeli dengan Gerik di Perak. Kawasan ini lebih dikenali sebagai Kg Kolam Air Panas. Lokasinya terletak 25 km dari bandar Jeli atau 20 minit perjalanan

Sebenarnya kawasan ini, terletak di tanah tinggi iaitu kaki banjaran Titiwangsa dengan sumber air panas keluar dari celah-celah batu pergunungan. Jadi bagi yang tidak biasa anda jangan terkejut dengan jalan menuju ke kolam, menuruni cerun bukit yang agak curam

 

 

13404039 879111438887662 2403235163361010144 o

Perumahan TNB ini ada salah satu tempat penginapan yang menarik di Jeli. Ianya di penenuhi kehijauan flora dan fauna yang secara semulajadi menjadi daya penarik yang menarik minat para pengunjung untuk tinggal dan bermalam.Selain itu, Ianya juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang lengkap serta laman- laman yang luas sesuai untuk aktiviti-aktiviti luaran serta santai.

Untuk sebarang tempahan dan malumat lanjut :

Alamat: Perumahan TNB Pergau TNB Chalet Tenaga Nasional Berhad 17600 Bandar Jeli, Kelantan

Tel: 019-9420767 En Azman