USAHAWAN PI1M AYER LANAS

     NAMA   :  FETTY FAZLIHA BINTII CHE  NOH

     UMUR   :  35 TAHUN

     AHLI      :  2016


LATAR BELAKANG

Puan Fetty Fazliha merupakan pemilik Fan’s Beauty Hq. Pada asalnya, beliau hanya menjual
produk Susu Unta Plus Zaffaran sahaja untuk mengisi masa lapang. Namun setelah beliau
datang ke PI1M dan menyertai latihan Keusahawanan di PI1M, beliau mula berminat untuk
mempromosikan produk beliau di dalam facebook Page. Sambutan yang diterima oleh beliau
amatlah menggalakan. Oleh itu, beliau mula menambah produk lain seperti Kopi Arabika Plus
Rerama, Pearl Collagen dan madu kelulut original.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Ayer
Lanas, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan produk
beliau. Pelanggan beliau bukan sahaja tertumpu dari di Ayer Lanas sahaja tetapi dari segenap
daerah. Beliau juga ada membuat penghantaran C.O.D untuk pelanggan sekitar Jeli.
Pendapatan bulanan beliau kini semakin meningkat.

 

fans

 

 

     NAMA   :  NUR ASYIKIN BINTI SUHAIMI

     UMUR   :  25 TAHUN

     AHLI      :  2009


LATAR BELAKANG

Nur Ayikin merupakan usahawan muda yang baru berusia 24 tahun. Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan kosmetik pada tahun 2015.Perniagaan beliau semakin meningkat setelah beliau mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Ayer Lanas.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Ayer Lanas, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri untuk mempromosikan produk beliau.  

qient