NAMA    :  PN.SITI NOOR AFIDAH

     UMUR   :  33 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Siti Noor Afidah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis kerepek tradisi seperti kerepek pisang, kerepek Ikan Bilis, Kuih Buah Rotan, Kuih Batang Wali, Popia Sira, Popia Simpul, Popia Gulung, dan lain-lain lagi dengan menggunakan trade mark Tradisi Moksu Maa. Pada awalnya, beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan meletakkan kerepek di kedai runcit di sekitar Kampung dan Ayer Lanas. Bagi meluaskan lagi pemasaran, beliau berhasrat ingin menjual kerepek tradisi ini secara online dan seiring dengan perkembangan teknologi Maklumat yang semakin berkembang luas pada masa kini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan meletakkan kerepek di kedai runcit sekitar Kampung dan Ayer Lanas. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 800 - RM 1000 sebulan

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang di adakan di PI, Pn. Siti Noor Afidah telah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium media sosial iaitu facebook. Selain itu, medium pemasaran baru atas talian seperti mudah dan lelong juga didedahkan bagi meluaskan lagi pemasaran produk. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers,stiker dan bunting. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarrik dan berkesan. Sesi penyuntingan imej juga turut diselitkan dalam latihan ini dan beliau telah mempelajari teknik-teknik asas melalui aplikasi Microsoft Office Picture Manager. Untuk memantapkan lagi ilmu Keusahawanan, beliau juga turut menyertai kursus dan seminar yang di anjurkan oleh pihak lain seperti Seminar Digital Online. Produk Moksu Maa telah berjaya memasuki pasaran Mybazar.

 

AFIDA-Q1