NAMA    :  CIK NAJWA ANIS BT MANIRAN

     UMUR   :  20 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Najwa Anis merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual kain sembahyang lace arafah viral dengan harga yang berpatutan. Pada awalnya, beliau hanya menjual dengan menjadi dropship. Setelah mengetahui selok belok perniagaan beliau mengeluarkan modal untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Bagi meluaskan lagi pemasaran beliau berhasrat ingin mencuba menjual barangan ini secara online dan seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat yang semakin berkembang luas pada masa kini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalan perniagaan ini secara dropship dan menjual kepada rakan-rakan sahaja. Pendapatan beliau hanya sekitar RM 500 - RM 800 Sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang di adakan di PI, Pn. Siti Noor Afidah telah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium media sosial iaitu facebook. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers,stiker dan bunting. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Sesi penyuntingan imej juga turut diselitkan dalam latihan ini dan beliau telah mempelajari teknik-teknik asas melalui aplikasi Microsoft Office Picture Manager. Setelah beliau berjaya memasarkan produk atas talian, jualan yang diperolehi semakin meningkat berbanding sebelumnya. Untuk memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau telah menyertai seminar yang di adakan oleh empower dan Mdec. Beliau berasa amat bangga kerana tidak menyangka dengan hanya menggunakan komputer dan internet beliau dapat meluaskan pemasaran produk beliau hanya di hujung jari.

anis