NAMA    :  MUHAMMAD KHAIRUL MUSTAQIM B. MOHD FOAD

     UMUR   :  25 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Muhammad Khairul Mustaqim bin Mohd Foad merupakanseorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual produk ternakan seperti makanan tambahan kepada ternakan untuk meningkatkan berat badan haiwan, mengelakkan daripada jangkitan penyakit,mengurangkan bau najis haiwan dan lain-lain lagi. Bagi meluaskan lagi pemasaran beliau berhasrat dan ingin mencuba menjual barangan ini secara online.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 800 - RM 1000 Sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, Muhammad Khairul Mustaqim telah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium media sosial iaitu facebook. Selain itu, medium pemasaran baru atas talian seperti mudah dan lelong juga didedahkan bagi meluaskan lagi pemasaran produk. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers, stiker dan bunting. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga mempelajri adobe photoshop untuk mengedit imej dengan lebih menarik.

mustakim