NAMA    :  MUHAMMAD SHAMSUDDIN B MOHD SHUKRI

     UMUR   :  30 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Muhammad Shamsuddin bin mohd Shukri pada mulanya hanya menjadi fotografer sambilan sahaja dengan membantu rakan-rakan yang mempunyai butik pengantin dengan kepakaranya mengambil gambar. Selepas beberapa tahun mengambil gambar secara sambilan beliau mengambil keputusan untuk membuka studio mengambil gambar, bermula dengan mengambil gambar pasport,perkahwinan, akikah, family potret dan sebagainya. Sekarang beliau semakin dikenali oleh orang ramai dan menjadi pilihan pengantin untuk mengabdikan kenangan perkahwinan mereka.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada mulanya beliau hanya membantu rakan dengan mendapat sedikit bayaran untuk sekali majlis, tetapi sekarang beliau mengendalikan sendiri majlis sebagai fotografer. Pendapatan beliau juga semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan Di Pusat Internet Ayer Lanas, beliau telah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium sosial iaitu Facebook, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers, stiker dan bunting.

sam