NAMA    :  CIK NUR HANIS BT WAHAB

     UMUR   :  31 TAHUN

     AHLI      :  2017

 

Latar belakang

Nur Hanis binti Wahab merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan rawatan bekam dan fisioterapi kepada komuniti yang ingin mendapatkan perkhidmatannya. Kedainya beralamat di Dataran Bukit Bunga, Berdekatan dengan Affin Bank. Antara yang pernah mendapatkan perkhidmatannya rata-rata berpuas hati dengan rawatan bekam al- sunnahnya. Ini kerana ia memberi kesan dan sakit yang dihadapinya mula hilang, di samping dengan harga yang murah iaitu hanya RM 5.00/Cup. Sekarang beliau telah mempunyai kedai di Dataran Bukit Bunga. Selain itu, beliau juga telah menjalankan rawatan bekam secara bergerak ke daerah yang berdekatan dengan pesakit membuat temujanji terlebih dahulu.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 800 - RM 1000 sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang di adakan di PI Ayer Lanas, Nur Hanis bin Wahabtelah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium media sosial iaitu facebook. Selain itu, medium pemasaran baru atas talian seperti mudah dan lelong juga didedahkan bagi meluaskan lagi pemasaran produk. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers, stiker dan bunting. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari adobe photoshop untuk mengedit imej dengan lebih menarik.

haniswahab