hayati

Latar belakang

Norhayati binti Che Othman  merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan  menjual produk kesihatan daripada produk Hai- O secara online dan offline kepada komuniti yang ingin mendapatkan perkhidmatannya. 

Sebelum Penggunaan  ICT / Penglibatan PI

Pendapatan beliau sangat rendah ekoran persaingan dari agen-agen lain  yang menawarkan harga yang rendah dengan promosi yang dijalankan.

Selepas Penggunaan  ICT / Penglibatan PI

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas,  beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook ads. Ternyata maklum balas yang diterima sangat mengagumkan, page beliau mula di kenali oleh orang ramai.Melalui latihan ini, beliau telah mempelajari cara untuk menggambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga telah mempelajari adobe photoshop untuk menghasilkan imej yang lebih menarik.