siti-mahirah

Latar belakang

Merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual pakaian secara online dan offline kepada komuniti yang ingin mendapatkan perkhidmatanya. Walaupun beliau merupakan seorang suri rumah tapi beliau sentiasa berusaha untuk mempelajari cara untuk berniaga menggunakan kemudahan internet.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 800 - RM 1000 sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui Latihan keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliay mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook ads. Ternyata maklum blas yang diterima sangat mengagumkan dan page beliau mula dikenali oleh orang ramai. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk menggambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari adobe photoshop untuk menghasilkan gambar yang menarik.