Ain.q2

Latar belakang

Cik Ain Annisa binti Sapawi merupakan pemilik perniagaan Eicha Homemade yang menjual Kek, brownies dan biskut. Beliau merupakan seorang graduan yang memiliki sijil Kulinari dari Kolej Komuniti Bukit Bunga. Setelah menamatkan pengajian di Kolej Komuniti, Beliau menyertai Program masakan untuk mengasah bakatnya dalam bidang pastry.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada mulanya beliau hanya dikenali oleh komuniti sekitar sahaja yang membuat tempahan dengan beliau.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

setelah mengikuti Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan produk beliau menggunakan facebook ads, group whatsapp dan juga Instagram. Ternyata maklumbalas yang diterima sangat mengagumkan, produk yang dihasilkan beliau mendapat sambutan yang menggalakan terutama pada musim perkahwinan,cuti sekolah dan perayaan.