hasanalQ319

Latar belakang

Hassanal bin Hassan mendaftar sebagai ahli PI Ayer Lanas pada tahun 2019, beliau merupakan pelajar lepasan SPM dan mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office sebelum menyambung pengajian ke IPTA.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran di samping mengisi masa lapang.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PI Ayer Lanas beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI dalam masa yang singkat. Selain itu beliau juga telah membuat akaun gmail dan membuat pendaftaran pekerjaan melalui laman sesawang SPA8 dengan bantuan dari petugas PI.