husna2

Latar belakang

Nurul Husna telah mendaftar sebagai ahli PI Ayer Lanas pada tahun 2018, beliau merupakan pelajar Sekolah Agama Arab As-Sabirin Ayer Lanas yang terletak berdekatan dengan Pusat Internet Ayer Lanas, beliau juga merupakan pelajar tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaan SPM. Beliau mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office seiring dengan zaman siber pada masa kini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran di samping mengisi masa lapang.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PI Ayer Lanas beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI dalam masa yang singkat. Selain itu beliau juga telah membuat akaun gmail dengan bantuan dari petugas PI.