rosmawatijahari

Latar belakang

Rosmawati binti Jahari atau dikenali sebagai Ciktie merupakan seorang usahawan yang menerima tempahan kek, bahulu,aiskrim Malaysia, tempahan gubahan bunga dan makanan secara online dan offline kepada komuniti.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK
Pendapatan yang rendah dan kurang mendapat sambutan kerana komuniti tidak mengetahui tentang produk jualan beliau.
 
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK
 
Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PIK Ayer Lanas beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook ads. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk menggambil gambar  produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempromosikan produk beliau melaui status whatsapp dan facebook. Ternyata produk beliau mendapat sambutan yang luar biasa.