masnita

Latar belakang

Beliau merupakan seorang surirumah yang tidak pernah putus asa untuk mencari pekerjaan. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang di sediakan untuk mencari pekerjaan. Beliau turut menyertai latihan yang di adakan oleh Pusat Internet seperti kelas computer untuk meningkatkan lagi kemahiran beliau. Selain itu, beliau turut mempelajari cara untuk membuat resume dengan betul dan menggunakan emel dengan betul di mana beliau di ajar cara untuk menulis emel, menghantar lampiran dan sebagainnya. Sepanjang beliau mengikuti kelas latihan komputer, beliau seorang yang mudah memahami dan pantas menyiapkan latihan yang diberikan oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan tidak tahu cara untuk menggunakan emel.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan bantuan dari petugas, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office dan mampu menyiapkan tugasan dengan pantas. Selain itu, beliau juga mendapat bimbingan daripada petugas tentang cara untuk menggunakan internet dan mewujudkan akaun facebook dan email.