ICT

Latar belakang

Muhd Haikal Mustaqim bin Anwa telah mendaftar sebagai ahli PI Ayer Lanas pada tahun 2017, beliau merupakan pelajar tingkatan 5 dan bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Beliau mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office bagi membantu memudahkan urusan beliau untuk menyiapkan kerja khusus akaun dengan menggunakan Microsoft Excel.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Malaysia

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran untuk menggunakan aplikasi Microsoft office bagi memudahkan kerja-kerja beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Malaysia

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PI Ayer Lanas beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI dalam masa yang singkat. Selain itu,beliau juga telah membuat akaun gmail dengan bantuan petugas PI.