najwa

Latar belakang

Nurul Najwa binti Uzita telah mendaftar sebagai ahli PIK Ayer Lanas pada tahun 2020. Beliau merupakan lepasan Sekolah Menegah dan beliau mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office bagi membantu memudahkan beliau memohon pekerjaan dan menghadapi cabaran arus teknologi yang memerlukan kecekapan menggunakan aplikasi komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Malaysia

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran untuk menggunakan aplikasi Microsoft office bagi memudahkan kerja-kerja beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Malaysia

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PIK Ayer Lanas beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PIK dalam masa yang singkat. Selain itu,beliau juga telah membuat akaun gmail dengan bantuan petugas PI.