Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Selain itu, ia untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi dengan mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan internet.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan.
Jumlah Keahlian PI Ayer Lanas
MAKLUMAT PUSAT INTERNET AYER LANAS
PUSAT INTERNET MALAYSIA Ayer Lanas, Kelantan mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. PUSAT INTERNET 1MALAYSIA merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan kada penebusan jalur lebar di luar bandar.
Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Kursus Kemahiran Komputer
- Kursus Keusahawanan Online
- Internet dan Wifi Komuniti
- Cetakan Warna dan Hitam
- Scanning
- Fotostat
- Laminate
- Binding
ALAMAT PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA
|
HUBUNGI KAMI |
PUSAT INTERNET AYER LANAS, NO 4441, SEBELAH MINI MARKET MUSTAFA, 17700 AYER LANAS, KELANTAN.
|
EMEL:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. PORTAL: ayerlanas.pi1m.my FACEBOOK: PI AYER LANAS |
WAKTU OPERASI
DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM REHAT:
SABTU –KHAMIS : 1.00 TENGAHARI - 2.00 PETANG JUMAAT : 12.30 TENGAHARI – 2.30 PETANG |
Jika ada sebarang permasalahan atau sebarang cadangan anda semua bolehlah berhubung terus dengan kami ataupun menghantar email kepada kami seperti maklumat yang telah diberikan di atas.
CAJ PENGGUNAAN PERALATAN DI PI
ITEM |
MUKA SURAT |
AHLI |
BUKAN AHLI
|
MENCETAK HITAM/PUTIH |
1-5 |
RM 0.40 |
RM 0.70 |
6-10 |
RM 0.20 |
RM 0.50 |
|
11 dan lebih |
RM 0.20 /muka surat |
RM 0.50/ muka surat |
|
MENCETAK WARNA *KERTAS A4 |
1-5 |
RM 0.70 |
RM 1.00 |
6-10 |
RM 0.50 |
RM 0.70 |
|
11 dan lebih |
RM 0.50 /muka surat |
RM 0.70 /muka surat |
|
FOTOKOPI *KERTAS A4 |
1-5 |
RM 0.20 |
RM 0.50 |
6-10 |
RM 0.10 |
RM 0.30 |
|
11 dan lebih |
RM 0.10 /muka surat |
RM 0.30 /muka surat |
|
PENGIMBAS |
SEKEPING |
RM 0.10 |
RM 0.30 |
LAMINATE |
SAIZ A4 |
RM 2.00/muka surat |
RM 2.50 /muka surat |
SAIZ IC |
RM 1.00/muka surat |
RM 1.50 /muka surat |
*BERMULA 1 APRIL 2016