Kampung Ayer Lanas dibuka pada tahun 1957 atas nama rancangan FELDA. Mengikut sesetengah peneroka, terdapat dua sejarah tentang asal usul kampung ini. Nama  Ayer Lanas berasal dari sebatang sungai yang bernama Sungai Lanas yang menjadi sumber air kepada peneroka. Menurut kata orang- orang tua, di tebing sungai ini terdapat banyak pokok nanas sepanjang sungai itu dan air sungai itu terasa seakan-akan air nenas atau dalam dialog Kelantan air lanas. Hai ini mungkin terjadi akibat rendapan  pokok- pokok nanas yang tumbang ke dalam air sungai ini. Oleh kerana air sungai ini terasa seakan-akan air nanas, maka peneroka di sini menamakan kampung ini Kampung Ayer Lanas sempena nama Sungai Lanas ini. Ayer ialah perkataan daripada orang Asli.

Sejarah yang kedua ialah mengisahkan tentang seorang ketua orang Asli yang bernama  Lanas dan dipanggil Tok Lanas. Tok Lanas ialah orang yang bertanggungjawab kepada kaumnya, maka mereka hidup dengan aman dan damai. Ceritanya bermula, pada suatu hari Tok Lanas lemas di dalam sungai semasa beliau mandi dan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Maka, dengan sebulat suara, kaum orang Asli bersetuju untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Ayer Lanas sempena kematian Tok Lanas di dalam sungai tersebut dan kepimpinan beliau sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab. 

 

Antara kampung yang terdapat di sekitar  Ayer Lanas.

 

  • 1. Kampung Gemang
  • 2. Kampung Wakaf Zin
  • 3. Kampung Bukit Perawas 
  • 4. Kampung Labu
  • 5. Kampung Rahmat
  • 6. Kampung Legeh
  • 7. Kampung Sungai Satan 
  • 8. Kampung Ayer Chanal