Pusat Internet  Ayer Lanas merupakan projek kerjaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat  (PPS) dengan memberi focus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.

Pusat Ekonomi Digatl (PEDi) Ayer Lanas dulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Ayer Lanas yang beroperasi di NO 173, Blok Tanah Merah, 17700 Ayer Lanas, Kelantan. PJK Ayer Lanas Mula beroperasi pada 15 November 2009. Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas adalah 1 daripada 73 Pusat Internet Malaysia Fasa 2 yang terdapat di seluruh Negara.

Pada tahun 2013 Pusat Jalur Lebar Komuniti telah ditukar nama kepada Pusat Internet Malaysia. Walaupun nama dan logo ditukar, tetapi fungsi Pusat Internet masih dikekalkan dan diberi beberapa penambahbaikan untuk memudahkan urusan komuniti. 

Pada tahun 2015 Pusat Internet Malaysia Ayer Lanas telah bertukar tempat dan wajah. Kini Pusat Internet  Malaysia telah beroperasi di NO 4441, SEBELAH MINI MARKET MUSTAFA, 17700 AYER LANAS, KELANTAN.