TARIKH : 17 MAC 2019 (AHAD) MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Membantu peserta lepasan SPM membuat permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA8
AKTIVITI
Petugas membantu peserta membuka akaun gmail dan membantu peserta mengisi jawatan kosong di dalam laman web spa8.
TARIKH : 16 JANUARI 2019 (SABTU) MASA : 11.00 AM - 1.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : 9 ORANG |
TUJUAN
E-pembelajaran ini bertujuan untuk menambah minat peserta dalam pembelajaran. Permainan ini berasaskan pendidikan dan mempunyai banyak pilihan.
AKTIVITI
Petugas memberi arahan supaya peserta membuka laman web sesawang abcya dan memilih salah satu permainan. Petugas akan mencatat masa yang diperolehi untuk menentukan siapa pemenang.
TARIKH : 16 JANUARI 2019 (RABU) MASA : 10.00 AM - 1.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : 7 ORANG |
TUJUAN
Resume adalah satu kenyataan yang disusun padat bagi memberitahu secara ringkas mengenai seseorang. Resumejuga satu medium yang membantu pihak tertentu untuk mengetahui mengenai diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan pihak majikan atau pihak tertentu. oleh sebab itu amatlah penting bagi pihak kami memberi bimbingan dan panduan cara untuk menghasilkan Resume yang menarik dan mengikut peredaran semasa.
AKTIVITI
Petugas memberi taklimat dan bimbingan cara untuk menghasilkan resume menggunakan Microsoft word. Peserta terdiri dari kalangan pelajar Kolej Komuniti yang bakal menamatkan pengajian dalam masa terdekat.
TARIKH : 16 JANUARI 2019 (RABU) MASA : 10.00 AM - 11.00 AM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
Memberi kesedaran kepada peserta dengan membudayakan 3 aspek kesedaran tentang keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung penyalahgunaan internet.
AKTIVITI
Peserta diberi taklimat berasaskan modul-modul KDB menggunakan Slide powerpoint dan menjawab soalan kuiz KDB secara online.
TARIKH : 7 JANUARI 2019 (ISNIN) MASA : 10.00 AM - 1.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi latihan tentang cara menggunakan Ms Powerpoint untuk membuat slaid persembahan dengan memasukan teks,animasi,audio,carta,imej, rekabentuk dan lain-lain. Ini membantu meningkatkan kemahiran peserta menggunakan aplikasi microsft office yang sedia ada untuk kemudahan pembelajaran atau pembentangan pekerjaan.
AKTIVITI
Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan semasa Program berlangsung antaranya saringan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah, pemeriksaan berat badan, pemeriksaan ketinggian, ceramah dan tips kesihatan.