TUJUAN

Membantu pelajar memahami struktur asas surat rasmi seperti alamat pengirim, tarikh, subjek, isi surat dan penutup.kelas ini juga membantu pelajar menggunakan bahasa yang formal dan sesuai mengikut format surat.

AKTIVITI

Pelajar mula menaip dan menyusun cadangan yang diberikan oleh chatgpt

TUJUAN

Dengan menggunakan Canva, pelajar dapat mengembangkan kemahiran digital yang penting seperti reka bentuk grafik, penyuntingan gambar, dan pembentangan visual, yang semuanya berguna dalam dunia digital masa kini.

AKTIVITI

Pelajar memasukan gambar, teks dan kesan khas ke dalam slide bagi menghasilkan slide pembentangan yang menarik dan kemas.

TUJUAN

Poster Kemerdekaan dapat meningkatkan semangat cintakan Negara dan pentingnya menghargai kemerdekaan dalam kalangan pelajar. Selain itu, dalam menghayati mesej yang disampaikan melalui poster, pelajar akan lebih memahami sejarah perjuangan kemerdekaan dan merasa bangga dengan pencapaian negara.

AKTIVITI

Pelajar diberi peluang untuk mencipta poster kreatif yang memaparkan tema kemerdekaan, seperti semangat patriotisme,perpaduan atau perjuangan negara.

TUJUAN

Untuk memberikan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang perayaan Hari Raya Aidiladha serta amalan ibadah qurban. Antaranya adalah meningkatkan pemahaman pelajar tentang kepentingan Hari Raya Aidiladha dalam islam, Mengajar pelajar sejarah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang menjadi asas kepada Ibadah qurban dan akhir sekali menanamkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang terkandung dalam ibadah qurban seperti pengorbanan,ketaatan dan kesyukuran.

 

AKTIVITI

Mengadakan sesi kuiz dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan sejarah, makna, dan amalan Hari Raya Aidiladha dan Ibadah qurban. petugas menggunakan Platform Kuiz interaktif dalam talian seperti Quizizz untuk mengadakan kuiz yang menyeronokkan dan menarik.