TARIKH : 05/04/2021 - 23/04/2021 MASA : 10.00 AM - 4.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : 6 |
TUJUAN
Sebagai usaha untuk membendung serta menamatkan pandemik Covid-19 di Malaysia. Kempen ini merupakan strategi Kerajaan Malaysia untuk memastikan sebanyak mungkin penduduk di Malaysia menerima vaksin bagi menyelamatkan nyawa. Vaksin ini diberi secara percuma dan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan petugas barisan hadapan dan akan disusuli oleh semua rakyat.
AKTIVITI
Peserta yang belum mempunyai Mysejahtera akan dibantu oleh petugas untuk memasang Mysejahtera di dalam telefon pintar mereka dan mendaftar Vaksin. Bagi yang telah mempunyai Mysejahtera mereka hanya perlu mendaftar vaksin sahaja.
TARIKH : 14 MAC 2021 MASA : 10 - 12.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : 2 |
TUJUAN
Memberi latihan asas pemprosesan kata Microsoft word kepada peserta yang merupakan pelajar lepasan SPM. Peserta diberi latihan menaip dan membuat resume. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk membuat pendaftaran pekerjaan secara online melalui laman sesawang SPA8
AKTIVITI
Peserta membuat resume dan membuat pendaftaran pekerjaan SPA9
TARIKH : 4 DISEMBER 2020 MASA : 10.00 AM - 1.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : |
TUJUAN
Memberi latihan kepada peserta cara untuk mempromosikan produk di dalam akaun shopee bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk memasukan produk ke dalam akaun shopee
TARIKH : 19 FEBRUARI 2021 MASA : 10 - 12.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : 1 |
TUJUAN
Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta menggunakan Adobe Photoshop bagi membolehkan peserta menghasilkan imej yang lebih menarik dan mempunyai resolution yang tinggi.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk memasukan imej, mengedit gambar, dan cara untuk menyunting gambar, menggunakan magnetic lasso dan lain-lain peralatan yang terdapat di dalam Adobe Photoshop.
TARIKH : 8 NOVEMBER 2020 MASA : 3.00 PM - 5.00 PM LOKASI : PI AYER LANAS PESERTA : |
TUJUAN
Memberi latihan kepada peserta cara untuk menghasilkan poster yang mempunyai kualiti yang menarik
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan Adobe Photoshop