USAHAWAN PI1M AYER LANAS

     NAMA   :  FETTY FAZLIHA BINTII CHE  NOH

     UMUR   :  35 TAHUN

     AHLI      :  2016


LATAR BELAKANG

Puan Fetty Fazliha merupakan pemilik Fan’s Beauty Hq. Pada asalnya, beliau hanya menjual
produk Susu Unta Plus Zaffaran sahaja untuk mengisi masa lapang. Namun setelah beliau
datang ke PI1M dan menyertai latihan Keusahawanan di PI1M, beliau mula berminat untuk
mempromosikan produk beliau di dalam facebook Page. Sambutan yang diterima oleh beliau
amatlah menggalakan. Oleh itu, beliau mula menambah produk lain seperti Kopi Arabika Plus
Rerama, Pearl Collagen dan madu kelulut original.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Ayer
Lanas, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan produk
beliau. Pelanggan beliau bukan sahaja tertumpu dari di Ayer Lanas sahaja tetapi dari segenap
daerah. Beliau juga ada membuat penghantaran C.O.D untuk pelanggan sekitar Jeli.
Pendapatan bulanan beliau kini semakin meningkat.

 

fans

 

 

     NAMA   :  NUR ASYIKIN BINTI SUHAIMI

     UMUR   :  25 TAHUN

     AHLI      :  2009


LATAR BELAKANG

Nur Ayikin merupakan usahawan muda yang baru berusia 24 tahun. Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan kosmetik pada tahun 2015.Perniagaan beliau semakin meningkat setelah beliau mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Ayer Lanas.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Ayer Lanas, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri untuk mempromosikan produk beliau.  

qient

 

     NAMA   :  NORMEZYFITRI BIN AB RAHIM

     UMUR   :  36 TAHUN

     AHLI      :  2010


LATAR BELAKANG

Normezyfitri berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Mula Melibatkan diri dalam perniagaan
jersi secara online pada tahun 2015. Berikutan pulangan yang lumayan dalam perniagaan ini
beliau mula melebarkan sayap dengan membuka facebook apps berbayar dengan bantuan
PI1M Ayer Lanas. Melalui bantuan pengajaran yang diterima dari PI1M Ayer Lanas, perniagaan
atas talian Miji Jersy Murah Online semakin meningkat dan beliau telah membuka satu lagi
page berbayar Rantau Panjang Jersy Store.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM900 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah beliau menggunakan facebook apps pendapatan beliau semakin
meningkat dan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari peminat tegar bolasepak dan
futsal terutamanya.

miji

 

 

 

     NAMA   :  MOHAMAD AFIQ BIN AMAN

     UMUR   :  24 TAHUN

     AHLI      :  2016


LATAR BELAKANG

Mohamad Afiq bin Aman merupakan usahawan muda yang berasal dari Ayer Lanas, berikutan
minatnya yang cenderung meminati barangan bundle yang berkualiti membuatkan beliau
menggambil keputusan membuka kedai barangan bundle di kampung beliau iaitu Ayer Lanas,Jeli
Kelantan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah beliau menggunakan facebook apps pendapatan Ilanas Bundle semakin meningkat dan
mendapat sambutan yang menggalakan.

lanas