YoeQ319

 

Latar belakang

Mohd Hassrul Nizam Bin Hassan Basri  atau dikenali sebagai “abg yoe” yang memang meminat bidang perniagaan walaupun sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. Selain Susu Farm Fresh beliau turut menjadi agen tambah nilai prabayar.  

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada mulanya beliau hanya menjua di pasar tani dan meletakan produk beliau di kedai-kedai sekitar kampung.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
 
Beliau mempromosikan produknya di laman sosia, group whatsapp dan juga instagram. Kini susu Farm Fresh mula di kenali dan diminati oleh peminatnya yang tersendiri. Selain itu, susu farm fresh juga telah menjadi susu tambahan bagi Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah di Sekitar Jei.
Beliau juga ada mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari adobe photoshop untuk mengedit imej dengan lebih cantik untuk di paparkan di banner beliau.
 
 

KASBI

Latar belakang

Mohamad Kasbi bin Mohd Yusoff merupakan pelajar lepasan SPM. Beliau mula mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2018, beliau mengikuti kelas latihan komputer sebagai persiapan untuk menyambung pengajian ke IPTA di samping meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PI Ayer Lanas, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft office , beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI dalam masa yang singkat. Selain itu, beliau juga telah membuat akaun gmail dan membuat pendaftaran pekerjaan secara online seperti SPA8 dan JobsMalaysia dengan bantuan dari petugas.

sarah.q2

Latar belakang

Siti Sarah Waheda binti Zahari atau dikenali sebagai Sarah Zahari seorang usahawan yang menjual tudung bawal dan produk Sobella secara online dan offline kepada komuniti yang ingin mendapatkan perkhidmatannya

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pendapatan beliau sangat rendah ekoran persaingan dari kedai-kedai lain yang menawarkan harga yang rendah

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui latihan keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan produk beliau menggunakan facebook ads. Ternyata maklumbalas yang diterima sangat mengagumkan. Page beliau juga mula dikenali oleh orang ramai. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk menggambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan, Beliau juga turut mempelajari adobe photoshop  untuk mengedit imej dengan lebih cantik.

Ain.q2

Latar belakang

Cik Ain Annisa binti Sapawi merupakan pemilik perniagaan Eicha Homemade yang menjual Kek, brownies dan biskut. Beliau merupakan seorang graduan yang memiliki sijil Kulinari dari Kolej Komuniti Bukit Bunga. Setelah menamatkan pengajian di Kolej Komuniti, Beliau menyertai Program masakan untuk mengasah bakatnya dalam bidang pastry.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada mulanya beliau hanya dikenali oleh komuniti sekitar sahaja yang membuat tempahan dengan beliau.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

setelah mengikuti Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan produk beliau menggunakan facebook ads, group whatsapp dan juga Instagram. Ternyata maklumbalas yang diterima sangat mengagumkan, produk yang dihasilkan beliau mendapat sambutan yang menggalakan terutama pada musim perkahwinan,cuti sekolah dan perayaan. 

 

 

nisa19

Latar belakang

Cik Nadia Khairul Nissa merupakan belia yang masih mencari peluang pekerjaan. Beliau mula mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2018, beliau mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft Office

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, kekurangan ini menyebabkan beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PI Ayer Lanas, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft office , beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI dalam masa yang singkat. Selain itu, beliau juga telah membuat akaun gmail dan membuat pendaftaran pekerjaan secara online seperti SPA8 dan JobsMalaysia dengan bantuan dari petugas.