NAMA    :  CIK NUR HANIS BT WAHAB

     UMUR   :  31 TAHUN

     AHLI      :  2017

 

Latar belakang

Nur Hanis binti Wahab merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan rawatan bekam dan fisioterapi kepada komuniti yang ingin mendapatkan perkhidmatannya. Kedainya beralamat di Dataran Bukit Bunga, Berdekatan dengan Affin Bank. Antara yang pernah mendapatkan perkhidmatannya rata-rata berpuas hati dengan rawatan bekam al- sunnahnya. Ini kerana ia memberi kesan dan sakit yang dihadapinya mula hilang, di samping dengan harga yang murah iaitu hanya RM 5.00/Cup. Sekarang beliau telah mempunyai kedai di Dataran Bukit Bunga. Selain itu, beliau juga telah menjalankan rawatan bekam secara bergerak ke daerah yang berdekatan dengan pesakit membuat temujanji terlebih dahulu.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 800 - RM 1000 sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang di adakan di PI Ayer Lanas, Nur Hanis bin Wahabtelah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium media sosial iaitu facebook. Selain itu, medium pemasaran baru atas talian seperti mudah dan lelong juga didedahkan bagi meluaskan lagi pemasaran produk. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers, stiker dan bunting. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari adobe photoshop untuk mengedit imej dengan lebih menarik.

haniswahab

     NAMA    :  HAZLINA BINTI HASSAN

     UMUR   :  35 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Puan Hazlina binti Hassan merupakan pemilik Miena Cafe. Mula berniaga pada februari 2017, Puan Hazlina mengusahakan perniagaan makanan, minuman seperti western, makanan Thai, desert dan banyak lagi.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pendapatan beliau sangat rendah ekoran persaingan di antara kedai-kedai lain yang menawarkan harga yang lebih rendah

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook ads. Ternyata maklum balas yang di terima sangat mengagumkan. Miena Cafe mula dikenali oleh penduduk daerah jeli dan bukit bunga.

miena

     NAMA    :  MUHAMMAD SHAMSUDDIN B MOHD SHUKRI

     UMUR   :  30 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Muhammad Shamsuddin bin mohd Shukri pada mulanya hanya menjadi fotografer sambilan sahaja dengan membantu rakan-rakan yang mempunyai butik pengantin dengan kepakaranya mengambil gambar. Selepas beberapa tahun mengambil gambar secara sambilan beliau mengambil keputusan untuk membuka studio mengambil gambar, bermula dengan mengambil gambar pasport,perkahwinan, akikah, family potret dan sebagainya. Sekarang beliau semakin dikenali oleh orang ramai dan menjadi pilihan pengantin untuk mengabdikan kenangan perkahwinan mereka.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada mulanya beliau hanya membantu rakan dengan mendapat sedikit bayaran untuk sekali majlis, tetapi sekarang beliau mengendalikan sendiri majlis sebagai fotografer. Pendapatan beliau juga semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan Di Pusat Internet Ayer Lanas, beliau telah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium sosial iaitu Facebook, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers, stiker dan bunting.

sam

     NAMA    :  MOHD HARITH FIRDAUS B MOHD NASIR

     UMUR   :  16 TAHUN

     AHLI      :  2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar tingkatan 4 di Maahad Al- Sabirin Ayer Lanas. Beliau kerap mengunjungi Pusat Internet Ayer Lanas untuk membuat kerja kursus dan melayari internet. Oleh kerana beliau tinggal di rumah sewa beliau memilih untuk mengisi masa dengan menghadiri kelas Latihan komputer di Pusat Internet Ayer Lanas.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutam microsoft Office

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Setelah mendapat bimbingan dari petugas Pusat Internet Ayer Lanas, beliau semakin mahir dan cekap menggunakan perisian Microsoft Office. Setiap tugasan yang diberikan oleh petugas juga mampu disiapkan dalam masa yang singkat.

harith

     NAMA    :  MUHAMMAD KHAIRUL MUSTAQIM B. MOHD FOAD

     UMUR   :  25 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Muhammad Khairul Mustaqim bin Mohd Foad merupakanseorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual produk ternakan seperti makanan tambahan kepada ternakan untuk meningkatkan berat badan haiwan, mengelakkan daripada jangkitan penyakit,mengurangkan bau najis haiwan dan lain-lain lagi. Bagi meluaskan lagi pemasaran beliau berhasrat dan ingin mencuba menjual barangan ini secara online.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 800 - RM 1000 Sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, Muhammad Khairul Mustaqim telah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium media sosial iaitu facebook. Selain itu, medium pemasaran baru atas talian seperti mudah dan lelong juga didedahkan bagi meluaskan lagi pemasaran produk. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers, stiker dan bunting. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga mempelajri adobe photoshop untuk mengedit imej dengan lebih menarik.

mustakim