susu

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang usahawan yang begitu bekerja keras untuk menaikan nama produk-produk beliau. Selain mengikuti kelas latihan di Pusat Internet, beliau turut mengikuti kelas latihan di Pusat Internet, beliau turut mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan MDEC.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan yang rendah dan kurang mendapat sambutan kerana komuniti tidak mengetahui tentang produk jualan beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook ads. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk menggambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau turut mempromosikan produk beliau dan ternyata produk beliau menerima sambutan yang luar biasa



rosmawatijahari

Latar belakang

Rosmawati binti Jahari atau dikenali sebagai Ciktie merupakan seorang usahawan yang menerima tempahan kek, bahulu,aiskrim Malaysia, tempahan gubahan bunga dan makanan secara online dan offline kepada komuniti.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK
Pendapatan yang rendah dan kurang mendapat sambutan kerana komuniti tidak mengetahui tentang produk jualan beliau.
 
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK
 
Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PIK Ayer Lanas beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook ads. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk menggambil gambar  produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempromosikan produk beliau melaui status whatsapp dan facebook. Ternyata produk beliau mendapat sambutan yang luar biasa.
 

safarini

Latar belakang

Noor Safarini Bt Mohd Yusof atau dikenali sebagai Rini merupakan seorang usahawan yang menjual produk kegunaan harian seperti telur dan gula melaka serta masakan panas secara online dan offline kepada komuniti yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.Selain itu, belaiu turut menjual di pasar-pasar tani yang berdekatan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pendapatan yang rendah dan kurang mendapat sambutan kerana komuniti tidak mengetahui tentang produk jualan beliau.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook ads dan whatsapp. Ternyata maklumbalas yang diterima sangat mengagumkan dan page beliau mula dikenali oleh ramai orang. Melalui Latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari Adobe Photoshop untuk mengedit dengan lebih cantik

 

 

husna2

Latar belakang

Nurul Husna telah mendaftar sebagai ahli PI Ayer Lanas pada tahun 2018, beliau merupakan pelajar Sekolah Agama Arab As-Sabirin Ayer Lanas yang terletak berdekatan dengan Pusat Internet Ayer Lanas, beliau juga merupakan pelajar tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaan SPM. Beliau mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office seiring dengan zaman siber pada masa kini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran di samping mengisi masa lapang.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PI Ayer Lanas beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI dalam masa yang singkat. Selain itu beliau juga telah membuat akaun gmail dengan bantuan dari petugas PI.

 shamsila

Latar belakang

Shamsila Aine Bt Abdul Majid atau dikenali sebagai Kak Shila merupakan seorang usahawan yang menjual produk STG seperti minkaffe, pil herba maharani, liptik cozum a dan pelbagai jenis produk lagi secara online dan offline kepada komuniti yang ingin mendapatkan perkhidmatannya. 

 Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pendapatan yang rendah dan kurang mendapat sambutan kerana komuniti tidak mengetahui tentang produk jualan beliau.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui Latihan Keusahawanan yang diadakan di PI Ayer Lanas, beliau mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan facebook ads. Ternyata maklumbalas yang diterima sangat mengagumkan dan page beliau mula dikenali oleh ramai orang. Melalui Latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gfambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau jufa turut mempelajari Adobe Photoshop untuk mengedit dengan lebih cantik