Latar belakang
Nur Adibah binti Mazlan mendaftar sebagai ahli PI Ayer Lanas pada tahun 2014, beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah dan mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran di samping mengisi masa lapang
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PI Ayer Lanas beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI dalam masa yang singkat.
Latar belakang
beliau mengusahakan perniagaan makanan bukanlah semudah yang disangka tanpa pengalaman dan peralatan yang sempurna. Tapi semua ini dapat ditempuh dengan hati yang tabah oleh seorang lepasan IPT Azni Sharmila bt Zakaria yang dikenali sebagai kak Long. Beliau mendapat bantuan peralatan daripada RISDA untuk memudahkan lagi proses membuat popcorn.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pada mulanya beliau hanya menjual popcorn madu secara kecilan di mana hanya meletakkan produk beliau di kedai di sekitar kampung berdekatan
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau mempromosikan produknya di laman social dan group whassap dan juga Instagram. Kini Pop Corn Madu Kelantan mula di kenali dan diminati oleh peminatnya yang tersendiri. Beliau juga ada mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari adobe Photoshop untuk mengedit imej dengan lebih cantik di mana untuk di paparkan di banner beliau.
Latar belakang
Hassanal bin Hassan mendaftar sebagai ahli PI Ayer Lanas pada tahun 2019, beliau merupakan pelajar lepasan SPM dan mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office sebelum menyambung pengajian ke IPTA.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutama Microsoft office, beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran di samping mengisi masa lapang.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PI Ayer Lanas beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI dalam masa yang singkat. Selain itu beliau juga telah membuat akaun gmail dan membuat pendaftaran pekerjaan melalui laman sesawang SPA8 dengan bantuan dari petugas PI.
Latar belakang
Nur Athirah Binti Mazlan yang dikenali sebagai ira memang meminati bidang perniagaan. Selain menjadi agent menjual produk kek dappo mek pikah, beliau juga turut menjual barang-barang lain seperti kosmetik dan makanan kering.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pada mulanya beliau hanya menjual di pasar tani dan meletakkan produk beliau di kedai dan pergi ke program-program untuk mempromosikan produk beliau
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau mempromosikan produknya di laman social dan group whassap dan juga Instagram. Kini kek viral dappo mek pikah mula di kenali dan diminati oleh peminatnya yang tersendiri. Beliau juga ada mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Beliau juga turut mempelajari adobe Photoshop untuk mengedit imej dengan lebih cantik di mana untuk di paparkan di banner beliau
Latar belakang
Nor Asikin Binti Che Mohd Petri atau dikenali sebagai merupakan Ekin Home Made. seorang bekas pelajar Kolej Komuniti Bukit Bunga yang mengambil bidang pastry. Selapas tamat belajar di kolej komuniti beliau menyertai program masakan untuk mengasah bakatnya dalam bidang pastry dan kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang ini.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pada mulanya beliau hanya di kenali oleh komuniti sekitar sahaja yang selalu membuat tempahan dengan beliau
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau mempromosikan homemade buatannya di laman social dan group whassap dan juga Instagram beliau lebih di kenali dimana pada musim-musim perkahwinan, cuti sekolah dan perayaan beliau mendapat tempahan yang tinggi