NAMA    :  CIK NUR ATHIRAH BT MOHD ZUKI

     UMUR   :  19 TAHUN

     AHLI      :  2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar lepasan sekolah menengah Ugama As Sabirin Ayer Lanas dan berasal dari kampung Gemang. Beliau kerap datang ke Pusat Internet Ayer Lanas untuk mengisi jawatan kosong secara online. Setelah mendapat kesedaran akan kepentingan Microsoft Office

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer terutam microsoft Office

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Setelah mendapat bimbingan dari petugas Pusat Internet Ayer Lanas, beliau semakin mahir dan cekap menggunakan perisian Microsoft Office. Setiap tugasan yang diberikan oleh petugas juga mampu disiapkan dalam masa yang singkat.

 atirah

 

     NAMA    :  CIK NAJWA ANIS BT MANIRAN

     UMUR   :  20 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Najwa Anis merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual kain sembahyang lace arafah viral dengan harga yang berpatutan. Pada awalnya, beliau hanya menjual dengan menjadi dropship. Setelah mengetahui selok belok perniagaan beliau mengeluarkan modal untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Bagi meluaskan lagi pemasaran beliau berhasrat ingin mencuba menjual barangan ini secara online dan seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat yang semakin berkembang luas pada masa kini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalan perniagaan ini secara dropship dan menjual kepada rakan-rakan sahaja. Pendapatan beliau hanya sekitar RM 500 - RM 800 Sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang di adakan di PI, Pn. Siti Noor Afidah telah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium media sosial iaitu facebook. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers,stiker dan bunting. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarik dan berkesan. Sesi penyuntingan imej juga turut diselitkan dalam latihan ini dan beliau telah mempelajari teknik-teknik asas melalui aplikasi Microsoft Office Picture Manager. Setelah beliau berjaya memasarkan produk atas talian, jualan yang diperolehi semakin meningkat berbanding sebelumnya. Untuk memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau telah menyertai seminar yang di adakan oleh empower dan Mdec. Beliau berasa amat bangga kerana tidak menyangka dengan hanya menggunakan komputer dan internet beliau dapat meluaskan pemasaran produk beliau hanya di hujung jari.

anis

 

 

     NAMA    :  NURUL IZZAH BINTI SAYUTI

     UMUR   :  19 TAHUN

     AHLI      :  2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar lepasan STPM dan masih menunggu keputusan peperiksaan, di samping menunggu keputusan peperiksaan beliau telah mengikuti kelas latihan komputer di PI1M Ayer Lanas. Sepanjang beliau mengikuti kelas latihan komputer, beliau seorang yang mudah memahami dan pantas menyiapkan latihan yang diberikan oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan jarang menggunakan internet. Oleh sebab itu beliau tidak mempunyai email dan facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan bantuan dari petugas, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office dan mampu menyiapkan tugasan dengan pantas.Selain itu, beliau juga mendapat bimbingan daripada petugas tentang cara untuk menggunakan internet dan mewujudkan akaun facebook dan email.

2

     NAMA    :  PN.SITI NOOR AFIDAH

     UMUR   :  33 TAHUN

     AHLI      :  2016

 

Latar belakang

Siti Noor Afidah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis kerepek tradisi seperti kerepek pisang, kerepek Ikan Bilis, Kuih Buah Rotan, Kuih Batang Wali, Popia Sira, Popia Simpul, Popia Gulung, dan lain-lain lagi dengan menggunakan trade mark Tradisi Moksu Maa. Pada awalnya, beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan meletakkan kerepek di kedai runcit di sekitar Kampung dan Ayer Lanas. Bagi meluaskan lagi pemasaran, beliau berhasrat ingin menjual kerepek tradisi ini secara online dan seiring dengan perkembangan teknologi Maklumat yang semakin berkembang luas pada masa kini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan meletakkan kerepek di kedai runcit sekitar Kampung dan Ayer Lanas. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 800 - RM 1000 sebulan

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI  

Melalui Latihan Keusahawanan yang di adakan di PI, Pn. Siti Noor Afidah telah mempelajari pelbagai modul antaranya ialah promosi melalui medium media sosial iaitu facebook. Selain itu, medium pemasaran baru atas talian seperti mudah dan lelong juga didedahkan bagi meluaskan lagi pemasaran produk. Beliau juga turut mempelajari bagaimana cara untuk membuat pengiklanan perniagaan seperti flyers,stiker dan bunting. Melalui latihan ini juga, beliau telah mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih menarrik dan berkesan. Sesi penyuntingan imej juga turut diselitkan dalam latihan ini dan beliau telah mempelajari teknik-teknik asas melalui aplikasi Microsoft Office Picture Manager. Untuk memantapkan lagi ilmu Keusahawanan, beliau juga turut menyertai kursus dan seminar yang di anjurkan oleh pihak lain seperti Seminar Digital Online. Produk Moksu Maa telah berjaya memasuki pasaran Mybazar.

 

AFIDA-Q1

 USAHAWAN PI1M AYER LANAS

     NAMA   :  NUR IZZATI SYAZANI BINTI CHE NOH

     UMUR   :  26 TAHUN

     AHLI      :  2010


LATAR BELAKANG

Nur Izzati Syazani berusia 25 tahun dan membantu ibunya menguruskan perniagaan.
Selain mempunyai SPA kecantikan yang dibuat dirumah beliau turut menjual produk
kecantikan dan kesihatan di Pasartani bersama ibu beliau. Key L Fan’s Beauty
merupakan cawangan kepada Fan Beauty Hq yang di uruskan oleh kakak beliau Fetty
Fazliha.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum mengikuti Kelas keusahawanan dan Kelas ICT di PI1M beliau lebih banyak
menjual di Pasartani. Sekiranya ada pelanggan barulah SPA milik beliau akan
beroperasi.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Melalui kelas ICT dan latihan keusahawanan beliau mula aktif mempromosikan produk
beliau dengan menggunakan facebook apps, Instagram dan whatsapp. Beliau turut
membuat perkhidmatan COD untuk pelanggan sekitar jeli dengan caj tertentu untuk jarak
jauh. Selain itu,beliau turut bekerjasama dengan Matching Thailand Golok dalam usaha
memasarkan produk beliau ke pasaran luar.

izatti